Monday, June 28, 2010

hayer cincin perak untuk lelaki

Apakah hadis/dalil naqli yg merujuk kpd hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki?
Jawapan:

Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; "Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas". Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram..

2 comments:

  1. yeke chee?baru tahu ni...hmmmm~

    ReplyDelete
  2. yup aku pun baru tau... selepas bace artikel nie.... hurmmm.. dulu ingat xleh pakai emas jer.. upenyer hanyer perak jer

    ReplyDelete