Friday, June 25, 2010

adam Dan HAwa



HAWA diciptakan dari rusuk ADAM,
Bukan dari kepalanya utk dijadikan atasannya,
Bukan pula dari kakinya utk dijadikan alasnya,
Melainkan dari sisinya,
Utk dijadikan teman hidupnya,
Dekat tanganya utk dilindungi,
Dan..dekat pada hatinya,
Untuk dicintai…..

Wahai ADAM…
Jangan kerana guruh bergempita,
Air di tempayan kau keringkan…
Jangan kerana unggas dirimba,
Denak disangkar kau lepaskan..
Jangan kerana pelangi yang indah,
Lampu di kamar kau matikan…
Jangan kerana kerlipan kaca,
Zamrud ditangan kau lemparkan..
Jangan kerana buih yang indah,
Bumi yang nyata kau tinggalkan…
Jangan kerana kasih berubah,
HAWA itu kau biarkan..
Jangan kerana sayang beralih,
Cinta HAWA kau putuskan…

No comments:

Post a Comment