Tuesday, December 16, 2008

SelamAt Hari Raya aidiladHa...

salam.. best tul dapat rayer kat klate walapom.. sekejap cuma.
hurmm tapi it enough for me to exonerate my homesick... huhuh
alhamdulillah even that day hujan renyai2. tapi semua berjalan dgn lancar...
hehehhe... best tau dpt rayer with family n melaksanakan ibadat yang di suruh oleh ALLAH.. hehhe

Thursday, December 4, 2008

aLhamdullilah... syukUr

Alhamdulillah syukur sesgt..
aku dah pass paper law untuk comfirm...
mintak2 ler cpt aku comfirm...
syukur dgn segala aper yang telah di kurniakan oleh ku dari-NYA..
Thesis pun dah ciap.. semua berjalan dgn lancar,,,
aper yang aku rancang telah tecapai...

ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI

Wednesday, December 3, 2008

yahooo... akhirnya..

akhirnya aku berjaya menyiapkan thesis aku....
yahOOO... bebas segalanya.. huh...
2 dec 08... 2.00 ptg kekwn aku dah convo...
best tgk dieorg.. klu x kerna keje sekrg aku dah
dapat convo dgn dieorg.. xper la nak uat camner rezeki aku untuk keje dapat dulu..
jadi go on jer la.. konvo lambat pun xper asalkan dah ader keje..
keje bukan senang nak cari sekrg..
huh.. Congratulation to all my frenzzzz yang convo that day..
especially jumairul aishah, christle, pejal,wan,PinKy, epuL,
Megat,Khairol,acip, Pak tam, CapaNg,, n semua arrrr....

WELL DONE GUY!!!!
LOVe U AlL

Saturday, November 29, 2008

Perlu PikiR... mmmm mUkTamat

salam..
mmmm
pk punyer pk sampai application master pun dah tutup
baru dapt result..
mmmm
akhirnya aku ambik keputusan
akan sambung master next year insyallah,,
tapi mintak2 la economi aku stabil n my job also stabil..
hahha... bye2 my dear syang sambung msater dulu for 1 year..
hahahhah.... cepat2 la comfirm...
hahahahha n murahkan la rezeki aku thn depan moga dapt beli kete terus.. hahahah
daaa.

Thursday, November 27, 2008

m!ss Him so Much


hurm.. miss him so much..
ohh god... plz
i never feel like This.. every second, every minute,every hour ,
every day i always thinking about him...
really really miss him..
so hurt when we fall in love and we can't meet him every day..
do some activity together, have fun 2gether..
miss that...

azUan Ahmad.. miss u deaR....
hopE we always 2gether 4eveR... Love u

KisaH RumpUt daN org Yang DisayanGi


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Cinta JaRak jaUh.. Mcm aku


Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Cinta seorng lelaki


ha ni statement aku curik hehe.. aku pun xtau tul ker tak..
hurm jadi uat lelaki di laur sana.. hanya korang jer tau tul atau tidak statement ni..
hurMMMm..


Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami . Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Wednesday, November 26, 2008

ari Yang memBosankaN

huh.....
1 lagi hari yang membosankan dgn badan ku yang makin membesar
dgn sihatnyer.. hurmmmm..
aper nak jadik nie.. exercise dah uat...
makan pun dah makin kurang
tapi badan ku makin membesar dgn jayanyer..
huhuhhuhu.. duk kat opis pun xder keje..
ramai yang xder kat opis..
makan gaji bute jer memanjang... huh.....
so bored... so bored..
everyday i do a same routine...no fun.. no enjoyment..
uwekssss... hate dis jods..

Tuesday, November 25, 2008

kursuS Motivasi PerniagaaN Di Kelantan yang Sempoi

My lasT project dis year.. Yahoo..
Kursus Motivasi perniagaan yang berlangsung di Komplek Belia Panji
KELANTAN (negeri aku)... 17 - 20 Nov 2008
1st day sampai sane.. huhuhu hope ramai La peserta datang..
tunggu punyer tunggu.. Huh ader gak yang datang.. ramai gak..
Laki pun Ramai yg henSem.. (jahaT nyer aku nie,,_
sempat lagik cuci mate...
Byk2 program aku pernah uat..
Peserta Klate la yang paling happening.. Beshhh.. Sekepala dgn aku..
happening.. mmg besh...
hope taun depan aku dapat turun sana lagi..
ooppsss. gmbar next time aku load
hehehhe

SemiNar PemanTapan Usahawanita Di Era Globalisasi



hurmmm.. best giler seminar nie.. 9 until 11 November
ramai tul peserta.. about 200 org yang participate.. huhuh..
Dari kesihatan.. aerobik.. agama n keusahawanan.. khaS uat
semua Usahawanita.. heheheh

tapi kiteorw.. memang penat..
siang malam keje.. huh

Tuesday, November 11, 2008

yahooooo thesis dah CiaP

huh lega asenyer.. bile thesis dah ciap.. esok nak p s.alam..
jumpa lecturer.. summit thesis.. mmm
mintak2 ler lepas cpet.. bleh blik kb trus..
dah la blik kb sb kursus.. hurmm
xper la janji Bleh Junpa my mom n my dad..
mishh them so muchhhhhh.. muakkkkssss..
luv both of U...
Baru jer Seminar Pemantapan Usahawanita trus kursus Motivasi Perniagaan Plaksss..
Ader sesaper Berminat.. msg aku.. hahahha

Sunday, October 12, 2008

Rayer

sesorg jer nak ambik gmbar dgn pakwe xdapt.. huhu


bestnyer Rayer tahun nie


maner xnyer buah ati datang umah.. wah meriah gitu,, sedondon.. meroon..


hehehhe.. sukerr.. tapi yang xbestnyer.. cepat jer berat aku naik.. adusss masak nie..


dah la kene datng perak.. xbest.. nak balik Klate lagik.. xbest duk sini sesorang..


sunyi jer idup.. Mak Aku NaK Kawin.. ahhahah..


mampus tau kat mak aku.. kene parang aku.. gatai nak bernikah.. hehhe,...
seLamat Hari Raye Buat semua... Hehehe

Thursday, September 18, 2008

coBaan


alooha... hurmmm cpbaan tul bulan2 pose ni.. biler duk sesorg nie mcm2 rase nak mkn tapi 2 arrr. trnsport enggak ader jadi aper lagik terpakse la aku kn aper yang ader kat umah tuh..
time ni ler nak belajar memsk n nk try skill memsk
ahakksss.. xkisah ler sedap ker x.. aku sorng jer nak msk kan.. hehehheh

hurmmm... lamer tul xtulis blog..
bz sesgt dgn keje y berlambak2 nih..
penat giler maaa.. hurmm bosan tul la hari2 bukak pose sesorg.
tension... hope so dapat bukak pose dgn kekwn or dgn my cayang.. muakkksss
tiap2 hari mengadap muka sorang.. huh borinkkkk..

Friday, May 2, 2008

aLooooo

aiiii....welcome.... in mY new world